RESEPI JALA EMAS

Bahan-bahan ( 5 orang )
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus
(kurangkan gula jika tak suka terlalu manis dlm 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong
Cara-cara
Tapis kuning telur dan pukul sedikit
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan ’tos’kan.
Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. Hidangkan
p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
corong dari daun pisang
RESEPI KUIH TAHI ITIK
Bahan2nya:
telor putih setengah kilo *ditapis dengan kain*
tepong setengah cawan
gula 1 cawan
bunga cengkih 5 - 6 kuntum
daun pandan 3 helai disimpul
minyak mazola setengah cawan
Cara membuatnya:
Kesemua bahan kecuali minyak disatukan. Kepok2 biar sebati.
Masak dengan menggunakan api yang sederhana.
Kacau2kan agar tidak hangit.
Bila dah hampir kental, masukkan minyak mazola.
Kacau lagi hingga kental sempurna.
Buang daun pandan dan bunga cengkih.
Bentukkan ikut suka hati...
No comments:
Post a Comment