Thursday 18 October 2012

Selamat Datang Ke Galeri Guesthouse @ Homestay Kami



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Laman Luar Rumah Sudut Depan
Laman Luar Rumah Sudut Sisi
Ruang Tamu Utama


Ruang Tamu Utama
Ruang Tamu Utama ke Ruang Tamu Ke Dua


Ruang Tamu No 3
Ruang dapur yang luas. Ade semua kelengkapan memasak

Ruang Tamu No 2

Setiap bilik mempunyai sejadah, batal, selimut & comforter @ tilam extra



Bilik Utama @ No 1 ( Aircond, Water Heater, Kipas)

Bilik No 2 ( Aircond, Kipas, Almari)
Bilik No 3 ( Aircond, Kipas, Almari)



Bilik No 4 ( Aircond, Kipas, Almari)












Sunday 14 October 2012

* Resepi Ikan Percik

IKAN PERCIK
 
 
Bahan-bahan:

6 ekor ikan kembong
(di perap dengan garam + halia + bawang puteh)
2 labu bawang merah besar * seulas bawang puteh * seinci halia  *3 tangkai cili kering *santan untuk kuah percik *manisan *garam sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah, 1 asam keping 

Caranya:
Masak santan + bahan2 yang bertanda *
(yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
Tambahkan garam. Tambah sedikit manisan/gula,
Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak.
Bila sekali gelegak, terus tutup api.
 
Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna.
Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik.
Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik
pada sebelah ikan yang satu lagi.
Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar
dua tiga kali.
Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan ikan percik
dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus lebihan
 kuah semasa menghidang.
 Selamat berbuka puasa ya petang nanti....

 

Wednesday 10 October 2012

* Resepi Gulai Kawah

GULAI KAWAH
 
RESEPI GULAI KAWAH
 
 
Bahan2nya:
  • Daging lembu cincang tempatan setengah kg (direbus hingga empuk, jangan sampai kering air.. airnya nak guna)

  • rempah gulai Kelate/tenganu 3 sudu besar
  • # bawang merah besar(bawang India) 2 labu
  • # halia 1 setengah inci

# bawang putih 2 ulas
# cili kering 5 tangkai direndam, dibersihkan
 
rempah 4 sekawan(kulit kayu manis +++)
santan dari setengah biji kelapa/ pati santan
asam keping 1
garam secukup rasa
manisan/gula melaka secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
bahan bertanda # dimesin sekali
 
 
Cara membuatnya:
Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dengan bahan yang dimesin. Dikacau-kacau sebentar sebelum dimasukkan rempah gulai yang telah dijadikan pes(campur sedikit air)
Biarkan rempah betul2 masak... guna api kecil,
Kemudian masukkan daging bersekali dengan air rebusannya. Kacau-kacau biar bersalut dengan rempah di dalam periuk.
Masukkan asam keping diikuti dengan santan. Kacau santan dan air rebusan daging biar bercampur.
Biarkan gulai masak dengan menggunakan api kecil.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan manisan.

* Resepi Kosu

 
KOSU
 


Resepi KOSU
 
2 setengah cawan air
1 cawan gula
2 helai daun pandan disimpul
1 1/4 cawan tepung beras
setengah cawan tepung ubi
beberapa titik perisa ros
pewarna merah, kuning dan hijau
kelapa parut dibubuh sedikit garam
    Cara
     
    Panaskan air dalam kukusan.
    Gula + air + daun pandan dimasak hingga gula larut.
     Tutup api dan sejukkan.
    Campurkan kesemua bahan dan blankan bagi sebati
    Bahagikan kepada 4 bahagian * satu bahagian ditinggalkan untuk warna ori putih*
    Sedia untuk dikukus.
    **sedap dimakan dengan kelapa parut.


    Resepi Kuih Kaya Gerodak



    Bahan-bahan
    4 biji telur itik
    9 biji telur ayam
    2 helai daun pandan
    200 ml santan kara (kota kecil)
    1 cawan (250 gm) gula merah / gula melaka
    1/3 (70 gm ) cawan gula pasir
    1/2 cawan air
    1 sudu besar air kapur
    1/4 sudu garam
    6 kuntum bunga cengkih
    cara-cara

    Masakkan gula melaka, gula, daun pandan & bunga
    cengkih sehingga larut. Seeloknye biarkan semalaman
    Satukan telor, air kapur & garam
    pukul sehingga berbuih.
    Masukkn santan & sirap melaka sehingga sebati.
    Tapis & tuang ke dalam loyang.
    Panaskan kukusan & kukus sehingga 30 minit
    @ sehingga masak. Sejukkan & boleh dihidangkan.

Tuesday 9 October 2012

* Resepi Nasi Beriani


NASI BERIANI DAGING

 
 
NASI BERIANI DAGING
 
500 gm BERAS JASMINE BASMATHI PEACOCK (dibersihkan dan ditoskan)
1250 ml air
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning
2 camca teh esen ros
500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
3 biji bawang besar }
5 biji cili hijau }dikisar halus
5 ulas bawang putih }
4 sm halia }
2 camca besar rempah beriani
2 tangkai daun ketumbar }
3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
3 biji tomato }
100 gm bawang goreng
150 ml susu sejat
sedikit buah gajus
garam sebagai perasa
minyak untuk memasak
sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi

Cara Membuat:
1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus
dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
4. Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang
  telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
5. Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.
6. Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas
dan penutupnya dengan bahan tepung.
7. Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi

Sunday 7 October 2012

* Ketupat Sotong

RESEPI KETUPAT SOTONG
Bahan-bahannya:
  • sotong setengah kg
  • santan 1 cawan
  • pulut setengah cawan
  • manisan siam 3 karet/gula melaka ketul
  • daun pandan 3 helai disimpul
    sedikit garam
  • lidi daun kelapa
Cara membuatnya:
  1. Basuh beras pulut bersih2 dan rendamkan dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
  2. Potong lidi pendek2 / guna pencukil gigi
  3. Sementara pulut masih terendam dalam santan, basuh sotong bersih2. Buang kulitnya dan keluarkan matanya
  4. Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/2 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana sotong akan pecah & menjadi keras
  5. Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya
  6. Cocokkan lidi secara menyilang untuk memastikan pulut selamat di dalam sotong.
  7. Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
  8. Bila dah menggelegak, masukkan santan selebihnya, manisan dan daun pandan. Masaklah sampai kuahnya likat.
  9. Sedia untuk dihidangkan....

* Resepi Maggi Ketam


RESEPI MAGGI KETAM
 

Bahan-bahan
Sebungkus maggi perisa kari
seekor ketam
5 ekor udang sederhana besar
1 biji telur
Sayur kobis panjang
1 biji tomato
1 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis

 
Cara
Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih yang telah diketuk.
Apabila naik wangi baunya, masukkan air agak2
Masukkan perencah kari maggi dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan maggi dan pecahkan telur.
Masukkan ketam yang telah dibersihkan dan dipotong dua.
Masukkan juga udang dan juga sayur, lada yang telah dipotong nipis dan tomato yang telah dibelah 4..
Biarkan seketika dan bolehlah diangkat.

Friday 5 October 2012

* Kuih Belebat

RESEPI KUIH BELEBAT
 

Bahan2nya:
1 cawan tepung beras
1 cawan pati santan
ubi keledek kaler purple dan merah(warna lainpun ok)
*potong memanjang @ dadu*
2 - 3 biji pisang emas di lecek *jika ada*
1/2 cawan air masak untuk bancuh tepung beras
 1/2 cawan gula - kurangkan @ tambahkan ikut kesesuaian...
(kalu masuk pisang kena ambik kira pisang dah manis)
sedikit garam, daun pisang untuk bungkus belebat

Cara
 
Rebus ubi keledek dengan garam, hingga empuk.
Angkat, tos dan ketepikan.
Masak gula dengan santan sampai gula hancur bersama daun pandan. Bancuh tepung beras, masukkan kedalam santan yang mendidih. Dimasak dengan menggunakan api yang kecil.
    Mesti di kacau2 agar tidak berketul dan hangit.
    Masaklah hingga agak pekat...
    Bila dah tutup api baru dimasukkan ubi serta pisang yang dillecek ... Kacau biar rata.
     
    Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar. Bungkus lah macam kita bungkus pulut berinti.
    Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebih
    kurang dalam 10 minit. Siap

Tuesday 2 October 2012

* Resepi Lompat Tikam (lopak tike)

Resepi Lompat Tikam

 
Bahan yang diperlukan:

Pulut 1 1/2 cawan
santan cair
pewarna merah
garam secubit dua
daun pandan

tepung beras 3/4 cawan
santan cair 1 1/2 cawan
1/2 cawan pati pandan (mesin dari 5 helai daun pandan)
sedikit pewarna hijau, sedikit kapur makan
garam secubit dua

tepung beras sesudu besar (umbu)
santan 2 cawan, garam secubit dua
daun pandan

nise(manisan) kampung 1 - 2 karet
daun pandan, air

Cara buat Lompat Tikam
  1. Pulut - Secawan setengah beras pulut direndam dalam air yang dititik sedikit pewarna merah Rendam 10 minit, toskan dan kemudiannya dikukus dengan sehelai daun pandan yang disimpul(kalau guna kukusan yang berlubang besar, lapikkan beberapa keratan daun pandan sebelum diletak pulut di atasnya) - kukus selama 10 minit - keluarkan dan gaul/arung dengan santan kemancar(santan cair) yang dibubuh garam - kukus lagi selama 10 - 15 minit (kali ni dah tak payah lapik daun pandan, letak terus atas kukusan berlubang)
  2. Tepung Hijau - Sementara pulut di atas dapur, bancuh 3/4 cawan tepung beras dengan 2 cawan (santan cair dan pati pandan) + secubit kapur makan + sedikit garam - masak atas api - bila sudah masak dan pekat tutup api, tuang dalam loyang - kukus lagi dalam 10 minit*
  3. Santan pekat(kepala santan) - Bancuh sesudu besar tepung beras + dua cawan santan + sedikit garam + sehelai daun pandan yang di simpul - masak sampai cair-cair likat - tutup api dan sejukkan
  4. air manisan - Cairkan nise/gula melaka ketul + air + sehelai daun pandan yang disimpul - masak sampai agak2 pekat - tutup api dan sejukkan.
* Cara makan.. Letakkan pulut, kuih hijau, santan pekat, manisan.. Bolehlah di makan..
selamat mencuba
 
Nota: Ada yang kukus pulut terus dalam santan bergaram sepertimana cara kita nak buat Pulut Seri Muka, tapi rasa2nya pulut untuk dimakan dengan lompat tikam ini InsyaAllah akan lebih enak dan terampil cantik jika dikukus kosong terlebih dulu.

* Tomyam

RESEPI TOMYAM ASLI THAI SEAFOOD &
HOMEMADE TOMYAM PASTE


Bahan-bahan
PERENCAH TOMYAM
·5 ulas bawang merah ·2 biji cili merah ·5 biji cili kering
·1 inci lengkuas ·2 batang serai ·1 sudu udang kering
·3 helai daun limau purut ·1 inci belacan (dibakar)
·air asam jawa/air limau, gula & garam 
 
SUP TOMYAM
·1/4 ekor ayam ·5 ekor udang ·2 ekor sotong
·1 biji bawang besar (potong enam) ·5 ulas bawang putih (diketuk)
·1 inci lengkuas (diketuk) ·2 batang serai (diketuk)
·1/2 batang lobak merah, bunga kobis dan sebagainya
·5 helai daun limau purut ·1 biji tomato (potong empat)
·1 sudu besar perencah tomyam buatan sendiri ·1 sudu besar sos ikan
·2 biji limau nipis ·cili padi ·garam ·daun ketumbar
·3 sudu susu cair / susu sejat (jika suka)


Cara-cara sediakan perencah tomyam.
Kisar semua bahan bersama sedikit air. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga menjadi pes. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.
Kalau masak dengan elok boleh disimpan dlm tempoh yang lama.
Cara-cara sediakan tomyam.
Rebus ayam beberapa minit bersama air.
Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
 Kemudian masukkan  sayur-sayuran seperti lobak merah,
bunga kobis, tomato, sotong & udang
Masukkan pes tomyam, sos ikan, perahan limau nipis dan sedikit garam.
Padamkan api. Masukkan susu cair dan daun ketumbar.
Tomyam sedia dihidang.
 

* Karipap Pusing

RESEPI KARIPAP PUSING
Resepi : Noorsha
Bahan Inti Sardin & Kentang:
*1 biji bawang besar *3 ulas bawang putih *1 hiris halia
5 biji cili padi @ 2 biji cili merah
2 biji kentang -saiz besar *1 tin besar sardin
1 pek kecil serbuk kari ikan * setangkai daun kari
* sedikit air, garam & gula

Cara² Inti Sardin dan Kentang:
tumbuk/blend bawang besar, bawang putih, halia, cili hingga lumat
tumis bahan bahan-bahan hingga garing.
Satukan serbuk kari ikan bersama sedikit air dan jadikan pes. Masukkan kedalam tumisan yang sudah garing tadi. Kacau rata.
Tumis lagi hingga garing semula.
Masukkan sardin yang dihancurkan bersama sosnya sekali
dan juga kentang kedalam tumisan.
Masukkan sedikit air, sedikit garam dan gula. Kacau hingga hampir kering.
Akhir sekali masukkan daun kari dan masak hingga benar² kering.


Bahan Doh Margerin:
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar margerin

Bahan Doh Minyak:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air sejuk
secubit garam

Cara² Doh Margerin:
Satukan margerin dan tepung gandum. Gaul sebati dan kepal²kan
kepada 5 bulatan sama besar. Ketepikan.

Cara² Doh Minyak:
Satukan garam kedalam air sejuk, kacau sedikit hingga larut, masukkan kedalam aduan tepung beserta minyak. Uli hingga rata.
Bahagikan kepada 5 bahagian bulatan sama besar. Ketepikan.
Doh margerin dan doh minyak yang diuli kepada 5 biji bulatan
Pastikan doh minyak lebih besar dari doh margerin.
 
Gelek sedikit doh minyak dan letakkan doh margerin ditengah2
Tutup doh margerin menggunakan doh minyak.
Tutup rapat2 dan bentukkan bebola semula.
 
Doh margerin yang siap dibungkus bersama doh minyak tadi
digelek leper. Gulung doh yang siap digelek tadi.
 Doh yang siap digulung digelekkan sekali lagi.
Gulungkan semula. Akan terhasil gulungan yang panjang
 
Potong setiap satu gulungan dengan pisau anggaran
ketebalan 1 cm setiap satu. Pastikan bahagian bawah
doh yang digelek sebelah dalam ya.

Letakkan sedikit inti dipermukaan. Kelim seperti karipap biasa.
Goreng dengan api sederhana hingga kekuningan. Siap