IKAN PERCIK
Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembong
(di perap dengan garam + halia + bawang puteh)
2 labu bawang merah besar * seulas bawang puteh * seinci halia *3 tangkai cili kering *santan untuk kuah percik *manisan *garam sedikit tepung beras untuk pekatkan kuah, 1 asam keping
Caranya:
Masak santan + bahan2 yang bertanda *
(yang sudah siap ditumbuk) + asam keping + tepung beras
Tambahkan garam. Tambah sedikit manisan/gula,
Kuah dikacau-kacau supaya tidak pecah minyak.
Bila sekali gelegak, terus tutup api.
Mulalah memanggang ikan sampai masak sempurna.
Setelah masak ikan, salutkan ia dengan kuah percik.
Di panggang sekejap kemudian lumurkan pula kuah percik
pada sebelah ikan yang satu lagi.
Ulangi proses menyalut kuah percik pada ikan bakar
dua tiga kali.
Simpan lebihan kuah percik untuk dimakan ikan percik
dengan nasi nanti atau boleh curahkan terus
lebihan
kuah semasa menghidang.
Selamat berbuka puasa ya petang nanti....
No comments:
Post a Comment