Saturday 29 September 2012

JOM JALE-JALE(jalan2) CARI MAKE(makan)

Makanan Yang Popular di KELANTAN

NASI KERABU


Nasi Kerabu merupakan makanan yang sinonim dengan Kelantan, ini kerana Nasi Kerabu di sini terkenal dengan keenakannya. 

Antara Restoran yang tersohor di Kelate
Restoran Yati Ayam Percik yang beralamat di No. 847, Jalan
Long Yunus, Kota Bharu  & Restoran Nasi Kerabu Golok Restoran Nasi Kerabu Golok ni terletak di
Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan. (Berhampiran Simpang 4 Pasir Hor)
• Biasanya nasi kerabu boleh di dapati di mana2 sebab orang Kelate  makan nasi untuk
sarapan pagi. Nasi kerabu Boleh  menikmati Nasi Kerabu yang dilengkapi dengan
Ayam Percik, Daging Bakar, Telur Masin dan Keropok.

NASI DAGANG
Nasi Dagang merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan.
Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut.
Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan
beras berbeza dikenali 'beras dagang'.

Nasi dagang dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Tapi sekiranye tiada rempah khas boleh juge digunakan kari biasa. Ikan yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol). Selain itu sambal kelapa & acar timun juga disediakan.

 
NASI BERLAUK 
 
GULAI NASI BERLAUK
Bahan-bahan ( 8 orang ), 5 ekor ikan kembong/ikan tongkol - bersihkan
4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 3 hiris lengkuas, 1 hiris asam keping, 1 sudu besar cili kering, 1/2 kilo santan + 1/2 cawan air, sedikit serbuk kunyit & cili merah. Blend semua bahan-bahan kecuali asam keping dan cili merah.
Masukkan santan dan asam keping. Masak hingga menggelegak.Tambahkan cili blender. Masuk serbuk kunyit. Masukkan ikan dalam periuk . Elakkan dari terkena ikan. Biarkan kuah menggelegak. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut rasa. Tutup api dan hidangkan.
Makan bersama nasi kukus/biasa. Sangat sesuai dihidangkan dengan timun, sambal cili dan budu.

Nasi berlauk adalah antara menu sarapan pagi di Kelantan.

NASI ULAM
Kalau anda seorang yang suka makan ulam, jangan lupa singgah ke Restoran Nasi Ulam Cikgu
untuk menikmati makan tengahari. Di sini anda boleh menikmati pelbagai lauk-pauk yang
membuka selera. Sesuai dengan namanya, restoran yang terletak di Taman Selera Kraftangan,
Kg Kraftangan, ini terkenal dengan pelbagai jenis ulaman yang boleh dimakan bersama budu,
tempoyak dan sambal belacan. Antara lauk-pauk yang menjadi kegemaran pelanggan ialah Ikan
Keli Goreng, Ikan Patin Masak Asam, Ikan Patin Masak Lemak dan juga Ayam Goreng 

 
Restoran Nasi Ulam Cikgu
 
 
 
NASI BERIANI

 
MAGGI KETAM
 
Maggi Ketam antara yang mesti dicuba ketika bercuti Ke Kelantan. 
Hidangan ini kian popular di kalangan masyarakat di Kelantan dan juga di kalangan pelancong.
Satu kerugian kalau anda tidak mencubanya sendiri.
Ketam yang digunakan ialah Ketam Nipah yang pelbagai bersaiz  ade yang kecil,
 sederhana &besar. Harga mengikut saiz ketam. Apabila dimasak bersama
 Maggie Kari yang pedas, ia menjadi satu kombinasi yang sangat menyelerakan.
Maggi Ketam boleh didapati kebanyakan restoran di Kelantan.
Antaranye di dataran  & di Cherang Ruku, Pasir Putih paling popular.
 
 
CHICKEN CHOP
 
 
CHICKEN KEBAB
 
SOLOK ARAB

 
 
COLEK SEAFOOD/ KEROPOK/IKAN  
 
KEROPOK KEPING, GETTAH DLL 

 

 

No comments:

Post a Comment