Saturday, 29 September 2012

JOM JALE JALE KE KOTA BHARU, KELANTAN

 


UpTown / Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Bermula dari 6 ptg-3 pagi. Dibuka setiap hari
Wakaf Che Yeh (WCY) adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Antara yang terbesar di Pantai Timur. Mempunyai keluasan suku ekar,
ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan
sayur-sayuran segar serta makanan laut. Pelbagai barang keperluan ade.
Boleh dibeli dengan harga yang murah. Terdapat juga deretan warung peniaga yang
menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.

Wakaf Che Yeh beroperasi sepanjang masa dengan fungsi yang berbeza-beza ia

merupakan pasar borong di waktu pagi, pasar basah diwaktu siang dan berubah menjadi
pasar malam pula setelah matahari terbenam. Saksikanlah situasi tawar-menawar dan
teriakan peniaga-peniaga mempromosikan barangan jualan mereka sembil
berbual mesra sesame sendiri.




 
TESCO Kota Bharu
 merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Ini semua disebabkan Syarat untuk memasuki pasaran Kelantan. KELANTAN BOLEH!! 



 
Bazar Tuan Padang
Tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Pusat membeli belah Bazar Tuan Padang, yang bertentangan dengan Bulatan Jam dan Muzium Negeri ini mudah untuk dikunjungi.
 
Parkson & Giant berada di tengan2 bandar Kota Bharu
Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.
yang merupakan terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd
 –  merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia.



Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian.

KB Mall / Pasaraya Pacific




Baza Buluh Kubu Kota Bharu. Terkenal dengan Kain Batik @ Sutera

Pasar Siti Khadijah di tengah2 bandar Kota Bharu

Kalau hendak mencari kuih muih-tradisional atau hidangan istimewa masyarakat Kelantan, GUA
cadangkan anda ke Pasar Siti Khatijah. Di sini anda boleh mendapatkan kuih Akok, Tahi Itik,
Cara Berlauk, Serabe, Lompat Tikam, Nasi Kerabu, Nasi Tumpang, Jala Emas, Nasi Berlauk
dan juga Laksam. Kesemua hidangan ini boleh dibeli dengan harga murah dan paling penting,
rasanya enak kerana ia disediakan oleh anak jati negeri itu. Bukan seperti yang dijual di tempat-
tempat lain. Dengan RM1.00 anda boleh mendapat empat biji kuih, manakala Nasi Kerabu dan
Nasi Tumpang dijual pada harga RM2.00
.


Istana Jahar yang terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar adalah di antara istana-istana yang menarik yang terdapat di sekitar bandar Kota Bharu. Malah Istana Jahar ini juga telah mula dibina dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886) setelah pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.
 
Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Diraja Negeri Kelantan. Muzium ini mempamerkan sejarah kesultanan Negeri Kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan Sultan Kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisi, dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kesultanan. Walaupun telah dijadikan Muzium tetapi reka bentuk asal bangunan ini tetap dipelihara. Seni binanya yang unik dengan ukiran-ukiran yang cantik telah menyerikan lagi bangunan istana yang dijadikan muzium itu.

Istana Jahar yang terletak di sisi Istana Balai Besar di tengah-tengah bandar Kota Bharu adalah contoh warisan seni bina Melayu yang indah dan menarik. Sekiranya anda berkesempatan berkunjung ke sini, Istana Jahar dan istana-istana lain di sekitarnya jelas kelihatan di tengah-tengah bangunan baru dan moden. Namun pembangunan pesat kawasan sekitarnya tidak menjejaskan bangunan warisan bangsa yang banyak menyimpan rahsia sejarah.



Menara Tinjau



No comments:

Post a Comment