Friday 16 November 2012

** Puding Kentang Berkaramel

Puding Kentang Berkaramel

 
 
 
Bahan Buat Karamel

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Cara-cara Masak Karamel 
 
Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
 Kacau segera supaya tidak berketul.
Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

 Puding

1 biji kentang sederhana saiznya (direbus hingga empuk dan dipotong kecil-kecil)
5 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
1 1/2 cawan susu sejat/susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
 
Kisar kentang bersama semua bahan (kecuali telur) hingga sebati.  
Satukan adunan tadi dengan telur yang sudah dipukul manja.
Sebatikan perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau hand whisk.
Kemudian tapiskan.
 
Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi. 
Sediakan loyang yang agak besar dan isikan air panas secukupnya.
Kemudian letakkan loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
 Masukkan ke dalam oven. (membakar dengan kaedah bain marie)
 
Bakarlah pada suhu 160-170C selama 40 minit atau sehingga masak.
Bergantung pada suhu oven masing-masing.
 
Setelah puding masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
 

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

** Resepi Pulut Berinti

Resepi Pulut Berinti





Bahan2nya:
 
2 cawan beras pulut *rendam lebih kurang 3 jam*
pati santan setengah cawan + air = jadikan 3/4(tiga suku) mug
daun pandan disimpul

daun pisang untuk membungkus pulut berinti
 
Bahan Inti
 
setengah biji kelapa parut puteh
nise kampung/nise siam/gula melaka
sedikit garam
daun pandan disimpul
sesudu teh tepung beras + sesudu/2 sudu besar air masak

 
Cara Masak Pulut
 
Beras pulut yang direndam, ditoskan kemudian dikukus sehingga masak +- 20 minit.
Keluarkan dan masukkan ke dalam besen/periuk, arung dengan santan yang dah
 dicampur garam, kukus lagi selama 15 minit.
 
Cairkan manisan bersama air, sedikit garam dan daun pandan. Masak sampai agak
likat baru dimasukkan kelapa parut. Masak biar serata.

Bancuhkan tepung beras dengan air lalu dituangkan ke dalam inti yang sedang dimasak *untuk tujuan menjadikan inti agak kering dan kental agar tidak berterabur*

Sudukan pulut ke atas daun pisang yang dah siap dilayur. Sudukan pula inti di atas pulut. Kemudian bungkuslah pulut macam nak bungkus nasi lemak gayanya... :)

....dah siap untuk dihidangkan..... :) 
******
Kalau rendam sekejap je pulut 
mesti arung santan dua kali. Yang pertama
 arung dengan santan cair kemudian kukus.
 Kali kedua baru arung dengan santan pekat + garam. Kukus sekali lagi.
Baru sedap rasa pulut..

** Agar-agar Milo Lapis Oreo

Agar-agar Milo Lapis Oreo
 
 
 
BAHAN-BAHAN
 
Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly
750ml air (sukat guna botol air mineral 500liter, tambah 1 cawan)
140 gula
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN
 
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula,
kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih.
 
Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo,
kacau hingga sebati

Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk
 Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.

Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan
kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan
 lebihan agar-agar milo. ( ada 3 lapisan )

Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais.
Setelah keras sepenuhnya bolehlah dipotong & hidangkan..

Selamat mencuba.

********
Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
 
Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..


** Resepi Jala Emas

RESEPI JALA EMAS 


Myresepi_jala_mas
Bahan-bahan ( 5 orang )
 
15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus
(kurangkan gula jika tak suka terlalu manis dlm 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong
 
Cara-cara  
Tapis kuning telur dan pukul sedikit
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.  
Angkat dan ’tos’kan.  
Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu. Hidangkan
 
p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas.
Dsc01591
 
corong dari daun pisang

** Resepi Agar-agar Bunga Matehari

AGAR-AGAR BUNGA MATEHARI
 
 
 
Bahan A
300g serbuk agar-agar
2250 ml air
450 gm gula
4 helai daun pandan

Bahan B
1/8 sudu nescafe + 2 sudu besar air panas
Blackcurrent secukupnye

Bahan C
100ml jus mangga + 1/4 pewarna kuning lemon / oren

Bahan D
100 ml jus laici + 1/4 pewarna hijau

Cara
Masak bahan A sehingga mendidih. Ketepikan.
Bahagian Tengah. Letakkan Blackcurrent memenuhi bahagian tengah

Ambil 100ml air dari bahan A. Campurkan dengan nescafe. Tuangkan kedalam bahagian tengah @ atas blackcurrent sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Biarkan beku sedikit.


Bahagia Kelopak Pertama : Ambil 300 ml agar-agar dari bahan A. Campurkan dengan bahan C. Tuangkan ke dalam kelopak bunga tadi & biarkan beku sedikit.
Bahagia Kelopak  Kedua: Ambil 500ml agar-agar dari
bahan A campurkan dengan bahan D. Tuangkan kedalam kelopak kedua & biarkan beku sedikit.


Agar-agar yang selebihnye di campur dengan
pewarna hijau & dituang memenuhi acuan.
Simpan kedalam peti sejuk sehingga beku.

Bolehlah sesuaikan warna & penampilan mengikut
citarasa sendiri.