Sunday 30 September 2012

* Resepi Nasi Kerabu

 
 

Makanan seimbang dan lazat

NASI KERABU
 
Nasi Kunyit Berseri @ warna biru
5 cawan beras biasa
2 sudu makan kunyit serbuk (bg beras jadi warna kuning)
2 titik pewarna biru @ 1 gelas air tapisan bunga telang
5 helai daun limau purut
2 batang serai
 


Caranya:
 
Masak macam biasa cuma masukkan kunyit,
limau purut dan serai.
Bahan-bahan diatas akan menjadikan
nasi kita warna kuning.

Selain warna kuning, kita juga boleh warnakan nasi
dengan warna biru dengan memasukkan bunga telang.
Bunga ditumpuk di tapis & ambil airnya dimasukkan kedalam beras. 
Orang tua-tua selalu tanam bunga ini di pagar tepi rumah.
Selain nampak cantik, senang untuk buat nasi kerabu.
 
Bunga telang yang menghasilkan warna biru natural bagi makanan.

 

Nasi kerabu hitam dihasilkan dengan memasukkan daun limau purut
@ serai batang @ daun pandan

Kalau tak ada semua bahan-bahan di atas,
nasi kerabu putih @ pewarna biru pun boleh.....

Sambal Kelapa Nasi Kerabu
 
20 ekor ikan kembung bakar/selayang.
Lagi banyak ikan lagi sedap rasanya.
( Boleh juge direbus sebaiknye direbus dengan cuka + garam
bagi menghilangkan bau hanyir.)
1 biji kelapa parut. Kelapa yang agak muda lebih
sedap dari kelapa yang tua. Digoreng agak garing
10 bawang merah (tumbuk)
4 batang serai sedang dihiris nipis (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk halus)
2 sudu makan serbuk lada hitam sekiranye suka
Gula dan garam secukup rasa.
Tumbuk bahan2 beserta garam & gula.
 
* Buang tulang ikan bakar. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
  (Sekiranye ikan direbus sebaiknye digoreng seketika tanpa minyak.)
 
Caranya Membuat Sambal Kelapa:

* Goreng kelapa dengan api yang sederhana hingga
rangup dan berwarna perang muda.
Ditumbuk/ramas agar tidak terlalu kasar.
 
. Antara bahan-bahan untuk sambal ikan sebelum digaulkan

Satukan semula semua bahan yang dan digaul sebati

Kuah Budu

 Budu, Daun limau purut, Serai Batang
Cili padi yang di ketuk kasar
Sedikit Air & Manisan/Gula melaka
Masak seketika & angkat


Ulam Ulaman
 
Kacang panjang, Kubis, Timun, Daun kesum
Bunga kantan, Kacang botol/kacang panjang, Taugeh,
buah pauh muda. Hiris halus kesemua ulam ulaman. 

Sambal Cili
 
Cili padi, Cuka, Garam, Gula
* Tumbuk kesemuanye sehingga sebati
(lagi sedap jika guna cili padi jeruk)


Kuah Tumis Nasi Kerabu
 
4 cawan santan pekat, ulas bawang merah
4 ulas bawang putih, bawang besar
25 cili kering, 1 inci halia
2 batang serai sedang - ketuk
1 asam keping, 3 keping gula melaka
5 sudu besar budu, 1/2 cawan minyak
Garam secukup rasa selepas memasukkan budu.

Caranya Masak Kuah Tumis:

Kisar semua bahan kecuali serai. Guna air yang sedikit
agar rempah senang garing nanti.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
Masukkan serai yang telah diketuk.
Tumis hingga rempah betul-betul garing @ pecah minyak.
Air ditambah sedikit demi sedikit (agak2)
Rempah yang ditumis dengan sempurna ( masa agak lama)
akan menghasilkan kuah tumis yang sedap dibandingkan
rempah yang ditumis hanya sekejap.
Masukkan santan pekat. Kacau dan masak hingga mendidih.
Pastikan selalu dikacau agar kuah tidak berketul.
Masukkan budu, gula melaka & garam secukupnye.
 Masak sampai gula melaka sebati & bolehlh diangkat.
Masa yang di ambil dlm 40 minit - 1 jam.
* tidak perlu buat sambal tumis sekiranye tidak suka.
Guna gula melaka lebih sedap (dicarkan/ditumbuk halus.)
dlm penyediaan sambal kelapa. Tapi boleh digantikan dengan gula.


Lauk pauk
 
Telur masin, Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar / Daging goreng atau Ayam goreng
Keropok, Solok lada, Bawang putih jeruk

Cara Menghidang

Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan sambal kelapa, 
ulam ulaman diikuti dengan, budu dan sambal.
Sedikit kuah tumis (sekiranye suka). Akhir sekali letakkan
 keropok dan lauk pauk seperti telur masin,
ikan celup tepung, daging bakar dll



Lauk pauk yang paling asas ialah ikan goreng tepung, telur masin dan keropok ikan.
Lagi sedap sekiranye di tambah seperti solok lada,
ayam bakar/percik/goreng, daging bakar/goreng, jeruk bawang putih.
Selamat Mencuba & menjamu selera


2 comments:

  1. Sedap.. Tq Wan Nur Homestay krn menyediakan resepi yg mudah dipelajari satu persatu

    ReplyDelete
  2. Tq sudi share resepi. Memang nampak menyelerakan. Baruuu nk belajar buat nasik kerabu 😂😂

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete